Terma dan Syarat Perniagaan

Terma & syarat perniagaan mesti dibaca sebelum berurusniaga dengan kami. Sebarang kesulitan tidak akan ditanggung jika terma & syarat perniagaan ini tidak dipatuhi oleh pihak pelanggan. Harap maklum.


Kami mengalu-alukan kedatangan pelanggan yang serius dengan pembelian sahaja.

Kami menghormati polisi 'first come first served' untuk mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang masa berurusniaga.

Kami akan mengesahkan jika produk yang ingin ditempah ada atau tiada di dalam stok sebelum proses urusniaga lanjut dibuat.

Tempahan hanya akan disimpan khas untuk anda dalam tempoh masa maksimum sebanyak 3 hari bekerja sahaja. Jika tiada pembayaran penuh dibuat dalam tempoh tersebut, tempahan anda akan dibatalkan secara automatik dan produk jualan akan dibuka kepada pembeli lain.

Setiap urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia dan bayaran boleh dibuat menggunakan mesin deposit wang, pindahan ATM atau secara online ke akaun Maybank.

 Slip asal hendaklah disimpan oleh pembeli sebagai rujukan.

Setiap urusniaga adalah muktamad, dan semua produk yang telah dijual tidak boleh dipulangkan dan ditukar samada dengan produk lain atau dengan wang ringgit melainkan atas sebab-sebab tertentu yang akan dipertimbangkan oleh Fabulous Syifa.

Semua harga yang tertera pada setiap produk adalah TIDAK termasuk kos penghantaran. Sila rujuk segmen "Kos Penghantaran" untuk mengetahui lebih lanjut tentang jumlah kos penghantaran mengikut lokasi anda.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pembeli untuk memantau sendiri status penghantaran parcel/bungkusan mereka dengan menggunakan kemudahan "Jejak & Kesan" yang disediakan atau dengan melawati laman web Pos Laju di http://www.pos.com.my/

Fabulous Syifa akan memberi nombor siri setiap parcel yang dihantar sebagai rujukan bagi pihak pembeli untuk digunakan semasa proses pemantauan status penghantaran.

Warna produk yang tertera di dalam gambar berbeza sedikit dengan warna produk asal disebabkan pencahayaan kamera dan tertakluk kepada 'setting' skrin monitor yang berbeza.

Fabulous Syifa akan memberi notis kepada para pengunjung laman blog ini terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa perubahan kepada Terma & Syarat perniagaan kami.


Untuk keterangan lanjut atau jika ada sebarang pertanyaan, sila email kepada sitinurashikin07@gmail.com atau sms/hubungi kami di talian 012-6910919 (shikin) / 017-6799194 (farisah)


Terima Kasih kerana berurusniaga dengan Fabulous Syifa!